Saturday, August 6, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita kami dari Kelab Menembak Kajang ingin mempelawa penyertaan para penembak yang berminat untuk menyertai Pertandingan Menembak IPSC-KMK yang akan dijalankan pada 23-25 September 2016 di Lapang Sasar Kelab Menembak Kajang, Sungai Jelok, Kajang, Selangor. Surat jemputan pertandingan tersebut ada disertakan di bawah.
Kepada peserta yang memerlukan surat yang dialamatkan terus kepada organisasi masing-masing, bolehlah menghubungi Kelab Menembak Kajang di alamat di bawah atau menghubungi En. Halim di talian 013-7765519. Sekian, terima kasih.

Borang penyertaan:

https://drive.google.com/open?id=0B7-fLOBaXCVcRzFLTzBiUTM4U1k

Maklumat berkenaan format pertandingan dan borang penyertaan:

https://drive.google.com/open?id=0B7-fLOBaXCVcQmw0c3U5N19iRUU

Sunday, March 15, 2015

Peluru G2 Research R.I.P

Peluru baru yg menarik..

Menurut video yang kedua, pada berat anak peluru seberat 92 grain, tenaga pada muncung adalah 10% lebih rendah dari peluru 9 mm 124 grain +P load.

Penetration purata ballistic gel pula sekitar 4.5 inci berbanding 7 inci standard penetration oleh peluru biasa 9 mm FMJ untuk menembusi ballistic gel berlapis beberapa lapis kain jeans.


Review ammo:



Tuesday, February 10, 2015

Review Pistol Canik TP9SA dan Peluru





Review senjata Canik TP9SA buatan Turki oleh Massad Ayoob. Tiga kumpulan tembakan menggunakan 3 jenis peluru yang berbeza berat anak peluru dan powder charge menghasilkan group yang berbeza. Sila rujuk foto di atas. Review tembakan bermula pada minit 9:04 dalam video dibawah.


Biodata Massad Ayoob

Saturday, December 20, 2014

Cara untuk menyertai Kelab Menembak Kajang



Langkah2 untuk menjadi ahli Kelab Menembak Kajang:-

1. Pastikan anda tiada bersabit dengan kes jenayah

2. Gambar 7 keping ukuran paspot/kad pengenalan

3. Surat pengesahan jawatan bagi kakitangan kerajaan sahaja

4. Untuk pendaftaran kali pertama, jumlah yuran pendaftaran dan tahunan adalah RM 700 bagi individu bukan kakitangan kerajaan dan RM475 bagi kakitangan kerajaan *pastikan ada surat pengesahan dari jabatan

5. Bagi tahun-tahun seterusnya, yuran tahunan adalah RM150 bagi kakitangan swasta dan RM75 bagi kakitangan kerajaan

6. Pendaftaran boleh dibuat di:- Pejabat KMK pada Isnin -Jumaat jam 9am hingga 5pm, Sabtu 9am-1pm atau dilapangsasar KMK pada setiap hari Ahad jam 10.30am hingga 5.30pm

*waktu latihan menembak HANYA PADA SETIAP HARI AHAD SAHAJA dari jam10.30pagi hingga 5.30petang